Kelas Nadi X Mahir – Mahir Jahit Minggu 22

10 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 9 Jun 2026 – NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Mahir Jahit Minggu 22 bertemakan “Jahit Kurta”. Kelas telah berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini telah disertai oleh dua orang peserta wanita daripada komuniti setempat yang mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.

Sepanjang kelas berlangsung, para peserta didedahkan kepada teknik asas serta langkah-langkah penting dalam menghasilkan pakaian kurta yang kemas dan selesa dipakai. Selain itu, peserta turut mempelajari cara mengambil ukuran yang tepat, memotong fabrik mengikut pola, serta teknik jahitan yang sesuai untuk menghasilkan kemasan yang berkualiti.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran jahitan dalam kalangan komuniti, khususnya wanita, sekali gus membuka peluang untuk menjana pendapatan melalui penghasilan pakaian tempahan. Para peserta menunjukkan minat yang tinggi sepanjang sesi dan berpeluang menambah pengetahuan serta kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

NADI Bengoh berharap kelas seperti ini dapat terus memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam memperkasakan kemahiran dan menggalakkan pembangunan ekonomi melalui bidang jahitan dan keusahawanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali